Saturday, September 30, 2006

Sayur...

yea aku meniru tajuk entry ilynn...

tp aku bukan nak cite pasal sayur kegemaran aku mahupun pasal sayur tumbuh-tumbuhan tu walaupun aku senanye ley mengutarakan satu soalan kepada seseorang:

nape x makan sayur? karnivor yeh?

haha~

aku nak cite kesayuran aku dalam bersukan...

walaupun badan aku kelihatan agak athletic... ok la aku tipu la... walaupun aku kelihatan agak "gagah" namun aku xtau nape aku kesayuran dlm sukan...

masuk hari ni dah 3 kali berturut² aku gi main bowling ngan zeno...

rabu n khamis aku gi main ngan zeno dan ikmal sbb cik-yang-dah-x-garang-tapi-maintain-comel tu x datang le pulak kelas... manjang canni je... asal aku datang, dia xnak dtg... bile aku x datang, dia gi wat kuiz pulak ek elaa kecewa betul aku...

tadi lak gi main ngan zeno, fadli dan ojo pas taklimat professional course kat dewan kuliah...

mase hari rabu tu, kitorang main sorang 2 frames kat plaza alam sentral yg sangap...

kalau beli 5 frames, free 1 frame... so kitorang dpt la 1 yg free tu sbb 3 orang X 2 frames = 6... overall main 7 frames... yg free tu letak nama "amal"... kire gilir² la kitorang gune name amal tu...

1st game, aku berentap ngan ikmal manakala zeno pula sekadar menjadi radas kawalan (haha)... nak wat canne... dia memang jarang gile main bowling...

so mase 1st frame, ikmal 1st, aku 2nd dan zeno 3rd...

2nd frame lak, aku dan ikmal ajar zeno canne nak baling ngan betul...

dan hasilnye?

ikmal 1st, zeno 2nd dan aku... sayur...

hari khamis lak, kitorang main sorang satu frame... ni pun pasal cik-yang-dah-x-garang-tp-maintain-comel tu x datang gak...

main punye main, bile dah abes, kedudukan kitorang:

1st: zeno
2nd: ikmal
sayur: aku

pastu tadi, main ngan ojo, fadli dan zeno...

kedudukan?

1st: fadli (mmg otai)
2nd: zeno
3rd: aku
4th: ojo

aku kalahkan ojo pun sbb... erm... dia memang x terer drpd aku yg mmg x terer ni haha... memule je spare pe semua pastu aku dan zeno saiko sket bg pressure kat ojo terus merudum tergolek² prestasi dia (mungkin sbb tu la kut aku dpt nombor 3 haha keji gile)...

kesimpulannye: aku memang x terer main bowling... main je salu... tapi x reti² gak... aku boleh wat 2 strikes dalam satu game dan aku juga mampu utk kalah selepas membuat 2 strikes itu... yang peliknye, kalau aku ajar orang lain main bowling, mesti dia akan main lg terer dr aku (gunggoks, zeno) tp aku x dpt nak ajar diri sendiri canne nak main bowling dgn betul... ntah le~ mungkin aku lg pandai mengajar drpd membuat... bak kata orang: pandai cakap tp x pandai buat...

aha.. time aku darjah 1 dulu², aku telah dipilih utk menyertai sukan lari berganti ikut kelas... satu kelas anta 8 orang kut x silap dan aku merupakan pelari terakhir... time tu parents aku datang nak tengok aku bersukan dan aku serius bangga gile dan seronok dan teruja utk membuktikan kepada mereka bahawa aku adalah anak mereka yang hebat!

seperti yang dijangkakan, kelas aku mendahului acara larian itu...

dari jauh aku nampak pelari kedua terakhir sedang mendahului peserta lain dan dia berlari dengan pantas sekali utk "sep" tangan aku... aku teruja... aku x sabar²... dan aku yakin bahawa aku akan memenangkan kelas aku!

sebaik sahaja tangan gua di-sep, gua lari sekuat hati... punya la laju aku lari siap sempat pandang belakang lagi tu... tp yg peliknye, nape aku xnampak orang lain lari kat belakang aku?

pada waktu itu, baru lah aku sedar bahawa...

aku telah dipotong oleh KESEMUA pelari terakhir dan sekaligus aku menjadi punca kekalahan utk kelas aku...

bayangkan perasaan aku bila aku menyaksikan bahawa pelari pertama hingga ketujuh kelas aku berlari dgn penuh pantas mendahului kesemua peserta lain namun apabila sampai sahaja giliran aku utk memenangkan kelas, aku gagal...

bukan sahaja gagal, malahan gagal dengan teruk sekali...

dari nombor 1, aku telah menyebabkan kelas aku mendapat tempat terakhir...

darjah 4, aku masuk team bola sepak 5 sebelah utk kelas aku... aku ditugaskan menjadi defender (sampai hari ni aku jadi defender kalau main bola sepak atau futsal)... pasukan kami mempunyai harapan yg cerah utk mendapat tempat pertama... namun kedudukan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti kerana masa permainan telah menjangkaui batasan...

cara menentukan pemenang pun agak kelakar di mana 4 pasukan teratas akan mengambil sepakan penalti menentang pasukan di dalam satu kumpulan dan pemenang kumpulan akan pergi ke perlawanan akhir yang juga menggunakan sepakan penalti utk menentukan siapa yg bakal bergelar juara... pasukan yang kalah di peringkat kumpulan tadi pula akan dikira jumlah penalti yg terbanyak sewaktu di peringkat kumpulan utk menentukan siapa yg mendapat tempat ketiga dan keempat...

senang cite canni la... team A lawan team B dan team C lawan team D...

team A menang 4-1 lawan team B manakala team C menang 3-2 lawan team D...

team A akan bertemu team B di peringkat akhir manakala team D dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga secara automatik...

setelah cabutan undian diadakan, team lawan aku mendapat undian utk mengambil sepakan penalti dahulu...

aku ingat lagi, pemain terakhir pihak lawan itu adelah seorang kawan aku yang sangat besar fizikalnye... dia berlari utk mengambil sepakan penalti itu lalu terjatuh sewaktu menyepak bola itu lalu bola itu terkeluar...

"BWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!"

begitulah bunyi yang keluar dari mulut aku tatkala menyaksikan kejadian itu berlaku...

aku gelak besar gile x hengat dunia dan akhirat sbb ianya seperti satu insiden lawak yang sering berlaku di dalam cerita² kelakar di tv...

aku merupakan pemain terakhir utk mengambil sepakan penalti pasukan aku... kawan aku yg terjatuh td itu pula menjadi goalkeeper... saiko gile... badan dah la besar... gol pulak kecik... tp aku yakin dgn diri aku...

tiba lah giliran aku utk memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan aku... sewaktu itu, pihak lawan sedang mendahului dari segi jumlah jaringan dan aku pula telah diletakkan harapan utk mengikat jaringan dan memanjangkan lagi tempoh permainan...

aku letak bola di atas titik penalti... aku melihat penjaga gol itu... aku tergelak... xleh tahan laa bile igt balik dia tergolek time amek penalti td haha...

lalu, aku berlari sekuat hati...

dan menyepak...

dan...

bola aku meleret dgn penuh perlahan tepat ke arah penjaga gol itu...

sangat perlahan... sehinggakan seekor siput babun pun boleh menang lumba jalan dgn bola itu...

aku bagaikan tidak percaya ape yang aku lihat...

nape perlahan sgt bola tu pergi?

dan utk menambahkan rasa malu aku, penjaga gol itu membuat gaya² diving yang sangat dramatik, seolah² sepakan aku itu amat susah utk diselamatkan...

dan seperti biasa...

aku menjadi punca kekalahan pasukan aku...

drpd berpotensi mendapat nombor 1... terus mendapat nombor 3...

semua pasal aku...

rakan² aku jelas kecewa...

semua pasal aku...

masa darjah 5 ke 6 tah, kelas aku bermain utk liga antara kelas...

aku sekali lagi ditugaskan menjadi defender...

ade sekali ni, aku dpt bola...

lalu aku menyepak bola itu ke arah depan pintu gol utk pass kpd kawan aku...

namun, bola aku x sampai kat kawan aku, tapi sampai kat pihak lawan...

dia sepak, terus gol...

kapten aku yang merupakan penjaga gol kelas aku memarahi aku cukup²...

faktor kekalahan: aku...

semasa di tingkatan 3 pula, aku dipilih utk menyertai pasukan kawat kerana aku merupakan antara perintis pasukan kawat rumah biru yang menjuarai acara berkawat pada tahun sebelumnya...

bermula pada tahun 1997, iaitu sewaktu aku tingkatan 2, rumah biru telah menggunakan kawat gaya tentera German di era pemerintahan Hitler sebagai trademark namun kami xde la tabik hormat cara hitler tu... cuma gaya kawat sahaja seperti cara seekor angsa berjalan...

apabila dilakukan secara serentak dan seragam, x dapat dinafikan bahawa gaya itu sememangnya terbaek dan masyuk~ namun, apabila gagal, konfem jd bahan kutukan satu sekolah haha~

masa form 3, kami mengekalkan lagi "goose walk" itu dan kami berkawat dari khemah rumah sampai ke tengah padang utk mengangkat sumpah hari sukan dan mendengar ucapan dari Pengetua sekolah...

aku ingat lagi, masa dah berbaris kat tengah padang tu, tetibe aku rase macam pusing²... aku dgr apan cakap "gerak² ibu jari kau jed.."

aku gerak²kan ibu jari aku.. namun aku berasa semakin pening...

lantas...

BOOM!

terbaring aku kepengsanan di tgh² padang itu...

aku ditarik oleh pbsm ke tepi padang utk diberikan rawatan (rawatan le sangat... pas diorang tarik letak aku kat tepi, terus diorang blah.. hek ela)...

aku bangun sorang²... dan dengan perasaan penuh malu gile x hengat, aku balik naik dorm, bersiap² utk membuat persembahan karate-do pula (padahal baru pas pitam)...

sewaktu aku membuat persembahan, semua orang bersorak...

"wooo wooo pitam pitam"

"jaga² pitam tu kang"

haih~

dan malam itu juga, aku telah diberitahu oleh ketua pasukan kawat bahawa rumah biru kalah pertandingan berkawat...

dan puncanya?

-aku-

sewaktu tingkatan 5, aku masuk pertandingan lempar cakera utk rumah biru... aku x pernah main benda ni... aku xtau canne nak main... masuk je la... bak kata putat "just for fun... Lillahi Taala" haha macam² la kau ni...

aku terpaksa mengakui bahawa aku seorang sahaja yang membuat balingan paling sempurna...

peserta lain melempar cakera namun cakera mereka tidak terpacak ketika mendarat namun aku seorang sahaja yang konsisten memacakkan cakera aku utk kesemua balingan...

namun, secantik² gaya balingan aku itu, aku tetap menjadi peserta yang kalah...

ade 10 balingan x silap... semua aku kalah...

haha.. aku memang pengkalah terbaek!

sewaktu aku di uitm pula, aku telah di ajak oleh Syah utk menyertai pasukan futsal SMAPLabu batch 2000 bersempena pertandingan futsal alumni SMAPLabu yang di adakan di Ampang Sports Planet...

pasukan kami merupakan favorite utk masuk ke peringkat akhir kerana kami baru pertama kali menyertai pertandingan ini namun kami prestasi kami adalah sangat cemerlang, sekiranya aku tidak bermain... sehinggakan pengadil pun menjangkakan kami bakal berentap utk menjadi juara...

sewaktu peringkat separuh akhir, pasukan kami tewas kepada batch 97 A melalui sepakan penalti.. aku tidak mengambil sepakan penalti kerana aku langsung tidak diberi peluang utk bermain sewaktu peringkat separuh akhir... kalau aku main pun, aku mungkin x akan mengambil sepakan penalti kerana apa yang telah berlaku sewaktu aku darjah 4 dulu²...

pasukan kami berentap dengan pasukan 97 B utk menentukan siapa yang bakal mendapat tempat ketiga...

akhirnya aku mendapat peluang utk bermain, itupun kerana seorang ahli pasukan kami terlampau penat dan cedera dan tidak dapat meneruskan permainan...

kami kalah kepada pasukan 97 B...

kerana apa?

aku bagi 100 korang tekaan tapi korang hanya perlukan SATU sahaja cubaan utk meneka dgn betul...

semester lepas, aku dipanggil utk menyertai pasukan bola sepak 9-sebelah fakulti aku bersempena minggu sukan FTMSK...

pasukan aku mara sehingga ke peringkat suku akhir...

penentuan ke peringkat separuh akhir dilakukan melalui sepakan penalti dan aku secara tiba² ditugaskan menjadi penjaga gol...

dah la aku dapat save 1 je penalti, bile aku sepak, x masuk lak tu...

dah la x masuk, bola tu terbang sampai ostrolia lak tu...

kesimpulannye: aku - faktor kekalahan...

kecik² dulu, aku salu main permainan rakyat...

gasing, tutup botol, batu seremban, teng-teng, galah panjang, baling selipar (sukan rakyat kah?) dan macam² lagi... dan kebanyakannye aku menjadi mangsa utk ditapau...

dulu² aku main gasing tapi manjang xnak berdiri je gasing aku ni...

kalau berdiri pun, salunye kat belah kepala, bukan kat atas paku...

ntahpape...

dahla tu... kalau main gasing pangkah, aku nye la yang wajib menjadi mangsa...

sian gasing aku, cedera parah... bertampuk² berlubang² badan dia...

orang lain seronok² je pangkah gasing aku...

tapi nak wat canne, aku nye gasing manjang x pusing je...

main guli, err aku x reti...

aku xtau canne nak tembak guli tu... nak jentik guli pun x tau canne...

korang penah main pijak² kasut x?

memule buat bulatan pastu semua lompat ke belakang dan pastu sorang² akan cuba memijak kasut rakan di sebelahnye mengikut giliran...

sape yang kena pijak, dia kena kuar...

dan aku salu kena kuar...

kalau main 4,5 rounds, kasut aku la yg paling kotor...

xtau la nape aku canni...

naik basikal pun aku x bape reti nak lepas tangan...

kalau lepas tangan, maka cium tanah le jawabnye aku...

roller skate lagi la best...

aku pinjam adik aku punye...

aku ingat nak dapat keseronokan rupe²nye dapat kebengkakan hahaha...

skateboard pun sama...

aku naik skateboard sepupu dan kawan aku punye...

last² skateboard yang naik aku...

kat umah aku ni pun, kalau tengok pingat sukan yang aku dan adek² dapat, yang paling banyak pingat ialah adek... pastu dudu... last sekali ialah abang mereka ini...

yang bestnye, adek² aku semuanye perempuan tp lagi banyak pingat dari aku...

aduih la~

aku minat semua benda² yang aku cakap kat atas tu, kecuali lempar cakera, tapi aku serius x pandai nak main semua² tu...

ianya adelah satu kekecewaan utk aku kerana aku tidak mahir dlm sesuatu benda yang aku betul² minat...

contoh termudah: jamming...

aku minat main drums... aku siap beli 2 set sticks lagi...

tapi aku x terer...

aku xtau canne nak main off beat... xtau canne nak roll (asas gile tp xtau)... xtau canne nak main toms... xtau xtau xtau... main pun beat berterabur...

marching beat? lagi la aku kantoi... (gunggoks hebat gile... wakil sekolah mmg xley nak ckp pe la haha)

aku beralih kepada gitar...

aku beli samick hollow body satu...

boleh la takat nak strumming tu tapi aku xtau canne nak main solo...

nak reka solo pun aku xtau...

pastu aku dipujuk (kata lembut utk dipaksa haha) oleh Lalok utk bermain bass...

tu pun aku x terer² gak...

x tau canne nak main Muse - Newborn... lagu red hot chili peppers lagi la banyak gile xtau...

aku xtau canne nak main slap n pop style macam dalam lagu RHCP - Tell Me Baby...

sudahnye, aku main lagu yang ikut root note gitar je...

ape lagi ek...

aha... pool atau snooker...

aku ade gak main... tapi aku teruk gile main snooker...

aku target masuk lubang, alih² bola cue yang masuk lubang... x pasal² tolak 4 markah...

kalau bola depan lubang pun x tentu lagi aku ley masukkan... camtu punye teruk la aku main snooker...

dan salunye kalau main snooker, markah aku adelah negatif hahaha malu siot!

dahla snooker betul aku xterer, main pool yahoo pun salu kalah...

kalau aku main 10 games ngan gunggoks, ade la 3 games je aku menang...

tu pun sbb dia tersilap masukkan bola kalau tak ley la turunkan graf pencapaian pool yahoo aku dari 3 kemenangan bagi setiap 10 games menjadi 1 kemenangan utk setiap 10 games harkhark...

aku juga xtau pape pasal kereta...

gasket? flywheel?

apakah?

type R? honda EK? L5?

err... haa?

aku xtau canne nak repair kereta...

aku pernah sekali ganti hos tu pun pas aku xde idea ape yang rosak kat kete aku dan ikmal datang membantu aku... hos depan mata terkoyak, tapi aku still xley kesan...

jumpstart kereta?

lupakan la...

kang elok² aku nak tolong jumpstart kereta korang, last² korang lak yang kena hantar aku gi hospital sbb kena kejutan elektrik hahaha~

bak kata seseorang: aku ni accident prone...

kalau jalan, terlanggar batu terpijak lubang...

nak masuk kereta, terlanggar pintu terhantuk dinding...

ntah la, aku rase aku ade masalah dgn koordinasi badan aku kut...

kena gi jumpe doktor ke canni aa?

kesimpulannya: kalau korang nak main pape permainan utk gelak², sila lah ajak aku...

kalau korang nak main pape permainan dan mahu mencari orang utk digelakkan, sila lah ajak aku...

tapi...

kalau korang xnak team korang kalah teruk dan digelakkan...

silalah kecualikan aku...

aku x terase pun x diajak...

sbb aku tau...

aku mmg xterer benda² yang aku sebut kat atas tu...

selamat berpuasa semua!

semoga hari ini lebih baik dari semalam...

chalos~

-killing people with my charms-

Wednesday, September 27, 2006

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini Penuh Makna~

Assalamualaikum~

ape khabar?

semoga sihat lah yea~

amacam puasa?

ada baek?

harap² terbaek lah yea insyaAllah~

aku xde idea la nak tulis apa tapi teringin nak menulis skrg ni...

ade sesiape yg ley bg aku idea nak tulis pasal pe x?

sementara itu...

sELaMaT mENuNaikAN iBaDaT pUAsA raKaN² kU yaNg coMeL!!!

dan juga selamat berpuasa utk orang itu yang mmg sentiasa comel di hati saya hikhik ]=p

oh yea...

puasa tu puasa gak...

yang 5 kali sehari tu pun kena buat sekali...

take care semua~

i love you all lah canni mmmuackss~ *apsal aku terase mcm lembut je ni*

chalos!

-killing people with my charms-

Friday, September 22, 2006

Ye la tgh update la ni...

Tajuk itu ditujukan khusus kepada peminat² gue yang dengan jelasnya amat sukar melalui liku² kehidupan mereka tanpa membaca blog gua terlebih dahulu (mak oii masuk bakul angkat kain nampak aku ni)...

xnak la gitau nama mereka kan, tapi ape yg aku boleh cakap ialah orang² itu adalah gunggoks dan juga batek (haha budget dah selamat la tadi kan haha)

amende yang aku nak tulis ni?

kuiz:

aha semalam aku telah melalui kejadian yang sangat kadul (aku xtau ape maksud kadul namun ianya agak popular digunakan... sama maksud ngan sengal kut)...

seperti biasa gue tido kul 7am lalu bangun kul 11am dan tergopoh-gapahnya gua menggosok baju dan mandi dgn secepat mungkin...

secepat mungkin gue itu rupa²nya tidak lah secepat mana kerana proses pemandian gue berlangsung selama lebey kurang 20 minit... Aku xtau nape aku mandi lama... Mungkin sebab aku ni kacak (xde kaitan)...

pada pukul lebey kurang 11.30am, aku menerima sms dari zeno yg berbunyi:

wey ethics ade kuiz... xde tipu punye bro

maka aku bergegas utk ke kelas dan sampai pada pukul 11.50am...

aku kira masih sempat lagi sekiranya aku mahu mengambil kuiz... alaaa takat masuk kelas, cari meja, amek soalan, pandang kiri, tulis jawapan, pandang kanan, tulis jawapan sesape pun ley jawab ye x?

sesampainya aku di bangunan baru FTMSK, aku nampak hana dan jo sedang berdiskusi (ayat kaver utk dating) di dalam kelisa hitam-kuning hana...

gua gi la kat kete hana...

Aku: Wey... X gi kelas ke? Bukan ade kuiz ke?
Hana: Dah gi la... Dah abes pun...
Aku: Oo ye ke? Kelas sejam kan? Sempat lagi ni aku nak gi wat ni...
Hana: Kau ni pening ke ape? Kelas start kul 10.30am sampai 11.30am la...
Aku: Eh? Ye ke? Aku ingatkan kelas start kul 11.30am sampai 12.30pm... Aduiiii~
Hana: Sherod datang tadi...
Aku: Sherod datang? Daymn~ (Sherod - ahli jemaah aku utk aktiviti tuang kelas)

maka satu kekadulan telah berlaku dengan begitu sahaja...

apakah moral yang boleh dipelajari di sini?

moral: sepandai² tupai melompat, betul ke tupai melompat?

bukan memanjat ke?

aku adelah tekanan di waktu ini...

wargh!

dan aku rase cik-yang-garang-tapi-comel itu pasti akan semakin panas ngan aku sbb dah bape kali aku x gi kelas dia ni...

aku pelik la ngan dia...

bile aku gi kelas hari rabu, dia x datang pulak...

bile aku x datang semalam, tetibe je dia datang...

siap ade kuiz surprise lak tu...

menjawab la aku ngan dia next week ni aduih~

di bawah merupakan aktiviti yang aku lakukan last week:

aktiviti 1:

gi main bowling ngan gunggoks...

main 2 frames...

dua² aku menang...

oh yeah aku sudah mampu berlagak kat dia haha!

tapi kali ni nampak sangat la dia saje bagi can aku menang...

tengok gaya baling pun dah tau...

macam bagi masyarakat ayam makan...

yang xtahannye siap wat suara lagi tu sebelum baling...

"kurrr kurrr... kurr kurr".

hmm...

xde la aku wat fitnah je yg bunyi² tu haha~

pengajaran: biar ketot asal terer main bowling... gue terer bowling senanye tp salu je bagi dia menang (alasan mengurangkan kemaluan)...

aktiviti 2:

lepas main bowling, kitorang gi makan kat shakey's lak...

sambil makan sambil kutuk pizza hut yang semakin tahpape sejak diambil alih oleh kfc suatu masa dahulu...

aku kadang² tension ngan pizza hut sbb sup dia tu kadang² berketul²...

kalau aku makan sup ketul² dia pastu badan aku ade ketul² xpe le gak...

ni makin makan sup ketul², makin seketul bentuk perut aku...

pastu bila gigit ketul² tu, ade rase tepung lak dah...

tepung x tepung, sup wajib dihabiskan juga...

bukan pe... xbaik membazir...

korang tau x kerajaan venezuela selatan ade merangka peraturan kepada mana² restoran yang menghidangkan sup berkrim supaya memastikan tiada gumpalan tepung di dalam sup mereka itu kerana gumpalan tepung itu dianggap sebagai tidak menghormati makanan di-raja venezuela selatan... mana² restoran yang didapati bersalah boleh ditarik balik lesen perniagaan selama sekurang²nya 3 tahun dan diwajibkan menyertai skim peladang dan penternak lembu venezuela selatan...

gile... sebab ketul² tepung dlm sup pun ley ade peraturan camtu...

gile... sebab korang kena tipu hidup² ngan aku...

haha~

pas makan, kitorang terus kuar...

round² jap pastu terjumpe hana (watak ini telah muncul di dalam dialog kuiz di atas)...

sembang ala kadar pastu gua blah sbb x semayang asar lagi...

so masa tgh driving gi masjid tu, aku duk dengar la orang sebelah tot tet tot tet tot tet (mesin bercakap tanpa henti)...

tetibe...

Gunggoks: Err.. Dah bayar ke pizza td?
Aku : Err.. Ntoh...
Gunggoks: Err.. Canne kite ley kuar selambe je?
Aku : Maybe sbb kite igt kite makan kat mcD kut... Bayar dulu baru makan...
Gunggoks: Ye la kut... Waaaaa canne laaaa ley lupe x bayar lagi...
Aku : Dah tu ni nak bayar ke x?
Gunggoks: Nanti la pas awak semayang kite gi balik k?
Aku : Okie... Awak la ni banyak sangat cakap time makan, kan dah lupe nak bayar (membuat tuduhan)
Gunggoks: Heyyy... Sape yang banyak cakap senanye? (membalas tuduhan)
Aku : Err... (mati akal hahaha daymn)

Pas semayang, gi balik kat shakey's...

Aku "membantu" gunggoks untuk menghadapai akak cashier shakey's yang berwajah garang itu

Gunggoks: Err akak.. kitorang lupa nak bayar tadi
Akak Shakey's: Ooo kamu la ni ye yang x bayar tu... Adoii susah hati akak
Aku: Hahaha sorry la kak... Saya nak kena hantar dia balik cepat tadi (mengalihkan kesalahan)
Akak Shakey's: You all pasni xley datang shakey's dah (cubaan berlawak sambil bermuka garang)
Aku: Hahaha (gelak konfius)
Gunggoks: Hahaha (gelak terpaksa)
Akak Shakey's: Xpe la as long as you all bayar, kitorang xkesah je...
Kami: Hahaha (gelak kaver malu) sorry kak... Terima kasih yea~
Brader Shakey's: Peace! (sambil membuat jari "V"... tetibe je peramah... dahla watak sentelan haha xpe cayalah brader!)

seronok sungguh makan di shakey's itu...

rase nak pegi lagi je pasni...

10 tahun akan datang la tapi...

pas akak tu semua dah x keje kat situ lagi dah...

haha~

malu beb~

oh ye lupe lak...

kepada kawan ex-tkc gue, saudari atie , yang telah berkawan ngan gua selama 6 tahun tapi sekali pun x penah jumpe (aku: pemalu), aku ingin mengucapkan:

sELaMaT mEnYaMBuT HaRiJaDi yaNg kE-23!!!

aku ucapkan semoga berjaya dunia dan akhirat... berusahalah atie!

dan semoga kau kawen ngan cepat (wey aku baca la blog kau... manjang cakap nak kawen je haha)...

baiklah... gue sudah mengantuk...

gue tido dulu ye...

ade ke tido dulu...

tido la sekarang...

haha aku dah mental gile x ingat...

chalos!

-killing people with his charms-

Wednesday, September 13, 2006

Seks Liar

yea...

itu lah dia tajuk rancangan yg aku tonton di discovery channel (52 kut) tadi setelah dialih ke bahasa melayu...

Wild Sex merupakan slot rencana yang memaparkan perlakuan seksual haiwan² yg menjajah muka bumi ini...

aku sangat tertarik dengan slot ini kerana anda pasti akan muntah hijau sekiranya anda memakan rumput berlaukkan lintah bulan sambil menonton rancangan ini...

namun...

sekiranya anda semakin berselera...

anda mungkin memerlukan nasihat pakar mental haha~

sedang aku asyik menonton slot yang memfokuskan perilaku gajah laut jantan yang sedang dipenuhi dengan hormon dan nafsu yang membuak² utk mengawan sambil mengejar gajah laut betina yang sangat kecil umpama ikan goreng keras yang sering dijamukan kepada para pelajar smaplabu...

tiba-tiba...

Abah: Ni dah kuar dah dulu ni... Abah dah tengok...
Aku : A'ah... tapi abang suke tengok... Abang suke tengok pasal binatang² ni...
Abah: Ye ke? Ke abang tengah berangan jadi macam gajah laut jantan tu?

hahaha~

Abahku, Abahku...

Abah memang champion lah!

chalos!

- killing people with my charms -

Tuesday, September 12, 2006

Aku: Pelupa

yup...

itulah aku...

aku mudah utk mengingati sesuatu namun aku mudah utk melupakan sesuatu juga...

jika dilihat dari satu sudut, ianya mungkin merupakan satu keseimbangan yang sempurna...

namun dari satu sudut lagi, aku tidak menyukainye...

canne nak kekalkan memori utk jangka masa panjang aa?

aku risau gak kalau² aku ni ade potensi utk kena penyakit alzheimer

sang ulat gunggok menasihatkan aku utk memakan kismis...

dia sangat mengambil berat diri aku yg 2 kali ganda beratnye itu (ok la 2 setengah kali ganda la)...

namun aku x gemar sgt makan kismis...

melainkan kalau kismis itu ade di dalam coklat...

kalau nak beli cadburry raisins tu mcm mahal la pulak...

aku agak susah nak makan kismis gitu saje...

sbb nnt aku rase mual, loya dan tau² je kedengaran tangisan bayi...

oh..

aku dan fantasi aneh aku haha~

hmm hmm ape yek yg aku wat last week?

hari jumaat lepas gue bermain futsal di rio de futsal subang ...

dah dekat tiga tahun aku main di sana aku rase...

aku sukekan turf nye kerana sangat selesa dan menarik...

padang rumput tiruannya adalah sangat mengagumkan, sehinggakan jika anda membawa haiwan ternakan seperti kambing atau lembu ke sana, pasti mereka akan memakan rumput itu lalu mati di tempat kejadian haha sape suruh makan rumput getah...

pasukan aku kalah semua permainan kecuali game terakhir yg berakhir dgn seri...

tu pun sbb brader tu dtg sound dah abes time...

kalau x ade can gak team aku kena belasah lg mlm tu...

pasrah sahaja lah aku dgn team aku mlm tu...

semuanye x mengena...

esoknye kuar ngan sang ulat gunggok...

gi tengok cite My Super Ex-Girlfriend

aku berpendapat cite ini adelah sangat bosan...

dengan special effect yang x special langsung...

dengan lawak yang macam biawak tengah beranak anak keldai...

banyak betul yang x best nya dgn cite ni...

yg hanya mampu buat aku gelak adalah aksi pertarungan Super Girlfriend itu bersama kekasihnya di atas katil...

punya la aku bosan tgk cite ni, sampaikan aku tertido dlm panggung tu (padahal bilik THX, bunyi superb x igt)...

sang ulat gunggok menyatakan bahawa aku telah ketinggalan babak yg sungguh girang kelakar...

dan aku sangat menyesal tertido kerana aku tidak pernah melihat aksi itu warghh!!!

secara keseluruhannya, aku memberikan cite ni 2 daripada 10 bintang...

bg aku cerita ini adalah sangat hambar dan turut dipersetujui oleh sang ulat gunggok ku...

lepas tu gi smyg asar akhir waktu (erk) di masjid kat taipan tu...

sementara tunggu maghrib, gua usha2 la sekeliling masjid...

tengok belakang, nampak para muslimah sedang bertungkus lumus semayang (xtau la seangkatan asar akhir waktu ngan aku ke pe... solat tahiyatul masjid kut)...

sekali ternampak sang ulat gunggok...

yang memakai telekung...

tersenyum ke arah ku...

haih~

sejuk sungguh hari itu~

=^.^=

chalos!

- killing people with my charms -

Friday, September 08, 2006

Wooohoooo!

Assalamualaikum semua...

Sudah lama sangat aku tidak mengemaskini blog aku yang aku rasa dia sendiri pun sudah tidak mengenali aku...

Sebelum ini, aku bukannya tiada idea untuk menulis... Namun ia lebih menjurus kepada faktor kemalasan aku yang berada pada tahap tepu tidak tertembus...

Dulu² aku menulis blog kerana aku terlalu mengikut orang lain, namun sekarang aku hanya mahu tulis apa yang aku mahu tulis...

Ada ke orang menulis sesuatu yang dia tidak mahu tulis? Itu bukan entry, itu namanya assignment...

Dua hari yang lepas (Rabu - 6 Sepember 2006), aku telah pergi ke The Malaysian Insurance Insitute Damansara utk menduduki peperiksaan PCEIA iaitu Pre-Contract Examination for Insurance Agent atau dalam bahasa melayu nya... errr... xtau haha~

Aku senanye x pernah fikir pun nak amek pekse ni (perasan x dari bahasa baku terus menjadi bahasa bakul) tp setelah tiba² diumumkan secara mengejut oleh Abah, maka nak xnak terpakse le aku study gak...

Aku diberikan sebuah buku nota berkenaan dgn insurans setebal hampir 100 muka surat dan aku hanya study pada hari rabu pada pukul 2.30am (padahal dah dpt buku tu 3 minggu sebelum peksa)... itupun hapah satu ape aku x baca... aku cuma buat 2 soalan latihan yang aku jawab ikut suka hati dan selepas itu aku terus turun ke bawah utk membuat assignment (berchatting bersama sang ulat gunggok)...

4 jam selepas itu, aku mengucapkan selamat jalan kepada sang ulat gunggok yg bakal mengikut keluarganya utk pergi ke seminar ape ntah xtau yg dilangsungkan di kemaman...

pas smyg pe sume gua tdo dan terpakse bangun pada pukul 7.15am utk bersiap²...

aku pergi ke MII dgn harapan agar aku boleh meniru orang sebelah... namun sesampainya aku di sana, tempat ujian berkomputer nye menggunakan cubicle (ape aa dlm bM?) utk mengasingkan penduduk ujian (betul ke ayat ni?)...

terdapat dua bilik peperiksaan iaitu lab 1 utk bahasa inggeris dan lab 2 utk bahasa melayu berserta bahasa mandarin... aku memilih lab 1 sbb i sound stupid when i speak in malay (ade kaitan ke pun haha.. utk yg kurang memahami, ianya adalah petikan kata² sharifah amani di FFM-19)... yg sebenarnye aku sudah terbiasa dgn uitm yang kebanyakan subjek serta peperiksaannya menggunakan bahasa inggeris (yg senanye aku budget sesape yg masuk lab 1 ni otai² dan bakal memudahkan aku melakukan proses pengawasan dan penjawaban)

peperiksaan bermula pada pukul 9am dan tamat pada pukul 11am... aku mempunyai 100 soalan utk disiapkan dlm masa 2 jam... semuanya soalan yg diberi pilihan jawapan berbentuk objektif...

soalan pertama berbunyi:

1. What is the purpose of insurance? (lebey kurang la)

gue jwb: c) to eliminate worries n fear

camtu² la soalan dia tp banyak gak soalan teknikal macam kena kira bape banyak premium yg Encik Chong kena bayar kalau dia amek insurans rm60k blablabla... aku menekan butang "calculator" di sistem ujian itu namun yang tertera ialah mesej:

"calculator could not be linked"

kepala ayam venezuela punye sistem... dah tu canne aku nak kire jawapan dia? aku buat2 tension... padahal aku mmg xtau pun nak kire canne... xpe... ini boleh dijadikan alasan jika aku gagal kelak haha cayalah~

aku lebih byk menjawab soalan² itu mengikut hati aku yg mmg selalu girang ini... kalau soalan tu ade tulis satu perkataan, aku akan cari balik perkataan tu dlm jwpn... misalnya dlm soalan ade tulis perkataan "retainer", maka aku akan cari jwpn yg ade perkataan "retention".. sungguh mudah kan?

nak tau ape yg lagi mudah? kalau ade jawapan yg memberi pilihan "All of the above", pasti itu lah jawapan yg menjadi kegemaran aku hahaha mmg nice!

ramai juga yg keluar awal dan ramai juga yang gagal dlm ujian itu... sesiapa yg dah siap ley tekan button "end examination" pastu nanti kat situ kuar nama, ic dan jenis insurans yg kita pilih dan di situ juga akan dipaparkan keputusan ujian kita... memandangkan aku duduk agak dekat dgn akak yg mengawasi peperiksaan itu, maka aku dpt mendengar keputusan ujian mereka... agak ramai yang mendapat grade Y iaitu gagal dlm lingkungan kurang 10% mata utk lulus... kesian mereka... dahla nak amek peksa kena bayar rm75.00... nak repeat pun kena bayar lagi rm75.00... sian...

aku yg pada awalnya bercadang utk keluar selewat²nya 30 minit lebih awal telah melakukan kejutan pada diri aku sendiri dengan tidak keluar awal langsung... aku seakan serius menduduki ujian ini walaupun secara dasarnya kedalaman ilmu aku adalah lebih cetek daripada kedalaman lubang hidung aku... jawab je la sementara stok masih ade... aku berjaya menjawab kesemua soalan dgn baki masa 10 minit... masa selebihnya aku gunakan utk semak kembali jwpn... bukan nak tentukan betul atau salah... tp nak tentukan cukup ke x jwpn sesuka hati aku ni sbb tetibe aku rase seronok pulak nak menjawab soalan² tu semua walaupun aku senanye xtau ape... fetish peperiksaan kah aku ini? gile~

akhirnya, akak pengawas itu sound aku, "encik, time dah abes encik" (tadi masa memula dia beriya speaking explain peraturan gune english yg gile mengagumkan.. mentang² la aku melayu kau xnak speaking ngan aku ye akak... ke sbb aku x comel akak xnak speaking ngan aku?)...

selepas aku mengklik butang "end examination", maka terpampanglah result aku itu...

"Your result is: C"

aku pun usha grading scheme kat slip pekse aku:

A - passed with distinction
B - passed with credit
C - passed
Y - failed by a narrow margin, within 10% of the pass standard
Z - failed by a consideration margin, more than 10% below the pass standard
X - absent

owh begitu... sebelum peksa, aku target utk mendapat X... namun sewaktu di atas kerusi aku target utk mendapat A (ade hati lg tu dlm pada x study hape.. haih masalah betul aku ni) tp rupe²nye aku berjaya juga mendapat C.. Alhamdulillah...

Sepertimana hadirnya aku ke bangunan MII itu, Abah jugalah orang yg sama menjemput aku pulang (aku adelah seorang lelaki yg mempunyai masalah utk mengenal jalan... sang ulat gunggok adalah saksi utama... dari midveli drive gi ikea x sudah² silap jalan siap wat u-turn 3-4 kali baru sampai... kasihan aku... dahla kaki lenguh menekan minyak... telinga pula pedih mendengar hilai tawa umpama monyet di sawah haha~)

dalam kete, aku menepuk bahu Abah...

Aku : ehem...
Abah: hahahahaha!

Abah memang sudah masak dgn perangai anak lelaki tunggalnya ini yg sedang dlm mood utk berlagak hahaha...

sesampainya di rumah, aku kepenatan kerana memerah susu di MII tadi... susu yg dimaksudkan adelah... err...

Abah pula keluar sebentar selepas menghantor aku balik umah dan selepas beberapa minit, Abah membuka pintu...

Lalu...

Abah: Abang... nah...
Aku : penat² abang study(dramatik) n pass (nasibtik) ni je abang dpt? hmph warghh hahahaha

Sempena meraikan kejayaan aku, Abah telah menghadiahkan aku...

Sebilah shaver gillette.. yang masih mempunyai tanda harga RM1.90!!!

Abah... Abah mmg champion lah hahaha!

Sekarang ini rasmilah aku menjadi seorang free agent tanpa terikat dgn mana² syarikat insurans lagi namun aku telah mengisi borang utk menjadi seorang agen Takaful Ikhlas Sdn Bhd
... aku mempunyai sedikit pengalaman menjual insurans dengan Takaful Ikhlas dan aku sangat yakin tentang nilai² Islam serta konsep insurans yg diaplikasikan oleh mereka...

memandangkan anda pun sudah membaca blog saya ini kan, maka saya mengalu²kan anda utk mengambil insuran Takaful Ikhlas dgn mengambil saya sebagai agen anda, terutamanya kepada anda yang sudah bekerja... mungkin anda merasakan khidmat insurans ini hanyalah merugikan anda dan menguntungkan pihak lain... ayat itu mungkin ada kebenarannya jika anda sentiasa muda, sihat di tahap terbaik, terlalu kaya, tidak menghadapi risiko utk mati dan tidak merancang utk mempunyai keluarga selama²nya... namun percayalah cakap saya bahawa skim insurans di bawah Takaful Ikhlas adalah berkonsepkan amal jariyah serta mengutamakan keadilan, kepercayaan dan keuntungan utk kedua² belah pihak... utk pertanyaan lebih lanjut anda boleh lah menghantar email ke muhdshahrulazman@gmail.com (email pun dah jadi skema gaban haha)...

okie kita tukar topik lain pula...

ade x sesape baca utusan malaysia arini?

ade satu berita yg serius gile menarik x hengat di dalam ruangan Parlimen yang bertajuk Ahli Parlimen bertikam lidah soal bahasa ...

sila klik link di atas utk mengetahui cerita lanjut namun di bawah ini aku tunjukkan satu petikan yg sangat² mencabar tahap kelucuan aku...

Bung Mokhtar yang dikatakan pernah mengeluarkan perkataan seumpama itu berkata, ‘‘Wah, Wah, banyak cantik cakap pasal orang. You (Karpal) pun sama juga. Apa bezanya. You panggil saya bigfoot dari Sabah. Apa you sudah lupakah?

‘‘Kalau you minta maaf sekarang, saya akan tarik balik perkataan saya,” ujar Bung Mokhtar.

Kata Karpal pula, ‘‘Kalau saudara (Bung Mokhtar) adalah jantan, tarik balik kenyataan awak.”

Bung Mokhtar sekali lagi berkata: ‘‘Kalau anda (Karpal) betina, awak tarik balik kenyataan awak.”



Mari kita sama² menghuraikan keputusan yang boleh didapati drpd senario ini...

Sekiranya Bung Mokhtar menarik kembali kenyataannya, maka Karpal akan mengiktiraf beliau sebagai jantan... Bung Mokthar tidak menyatakan apa² perkataan yang mencadangkan dia menarik kembali kenyataannya itu, maka mengikut hujah Karpal, Bung Mokhtar tidak atau bukan jantan...

Lalu Bung Mokhtar membalas... Sekiranya Karpal betina, dia tarik balik kenyataan dia... Karpal mengekalkan keegoannya dgn tidak menarik kembali kenyataannya itu...

Walaupun senario ini adalah sesuatu yg kita biasa lihat di sekolah rendah, namun dari segi kelicikan dan kebijaksanaan, aku rase Karpal adalah lebih bijak dengan tidak menarik kembali kenyataannya berbanding Bung Mokhtar kerana Karpal akan dikira betina sekiranya berbuat demikian dan Bung Mokhtar pula akan tetap dilabel "tidak jantan" dek kerana perbuatannya itu...

Moral: Andai perigi di sawah kering, mari kita ke sunway lagoon...

chalos!