Monday, October 02, 2006

Seperti bangau pulang ke kerbau...

aku pernah berfikir...

dari manakah orang² melayu zaman dahulu mendapat idea untuk membuat kata-kata hikmat yang sangat unik?

contohnya, seperti tajuk di atas: seperti bangau pulang ke kerbau

aku berpendapat, mungkin bangau² tersebut tidak mempunyai kampung halaman, maka mereka sentiasa pulang ke kerbau dan tidak pulang ke kampung...

kasihan~

bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia...

kerana sekiranya kita dilahirkan sebagai bangau...

apakah perasaan kita sekiranya di suatu pagi raya yang hening, mendengar alunan takbir raya, sambil mencari² kerbau kesayangan kita untuk bertenggek, hanya untuk mengetahui bahawa kerbau itu bakal menjadi korban?

sekiranya anda sedang berfikir tentang situasi di atas secara serius, mungkin anda bakal pulang ke kerbau...

seperti (letakkan nama sendiri di sini) pulang ke kerbau...

haha!

chalos~

-killing people with my charms-

Hilang...

Di sini mengelamun.
Hari mendatang.
Hari mendatang.
Kiranya ku memeluk hiba.

Begitupun beralun.
Hari mendatang.
Hari mendatang.
Kiranya ku memeluk hibur.

Derusan kabus ribut yang menimpa.
Yang mengucap tiba.
Ku ingin bersamamu.
Sehingga akhirnya.

Kabus.
Kabus ribut.
Indah berseri-seri.

Kabus.
Kabus ribut.
Bilakah sampainya waktu?

bila?

entah lah...

bila sampai, sampailah ia...

betapa hibanya dihukum kerana kesalahan lampau...

namun...

tidak terlawan perasaan sedih kehilangan kepercayaan kerana melakukan kesalahan itu...

semuanya kerana kurang berfikir...

atau tidak berfikir langsung...

biarpun kepercayaan itu sudah kembali...

kesedihan itu tetap mencengkam jiwa...

teguh menggenggam hati...

berfikirlah kamu sebelum ditarik nikmat berfikir...

ahh ape gile aku ni...

mangkuk...

chalos~

-killing people with my charms-