Sunday, September 14, 2008

konfiden2004@yahoo.com

Assalamualaikum.

Masa aku dicampakkan ke UiTM Dungun untuk belajar dalam kursus Diploma in Computer Science dulu2, ada seorang kawan aku yang memiliki alamat e-mail tersebut.

Konfiden sungguh.

Itu korang belum tengok lagi misainya. Tersusun. Macam pisang di atas bibir. Dengan lagak Jawa pekat yang cuba diselindungi dengan cubaan untuk berloghat Terengganu/Kelantan... Serius! Dia adalah seorang yang sangat konfiden.

Dia cakap laju. Aku panggil dia Too Phast.

Kool kan?

Aku rasa kool kalau eja cool dengan menggantikan huruf "c" dengan "k".

Kenapa?

Sebab orang yang bertanya itu adalah orang yang tidak kool.

Ha ha!

Ala aku gurau sikit pun x boleh. Jangan ambil hati di bulan puasa. Sebaliknya ambillah al-Quran dan baca.

*tunduk insaf*
---

Blackburn 0 Arsenal 4.

Liverpool 2 Man Utd 1.

Aku suka Man Utd kalah tapi aku x suka Liverpool menang.

Oh ya, Manchester City 1 Chelsea 3.

Manchester City baru angkat Robinho £32.5 juta. Dia berjaya jaringkan satu goal utk Man City.

Tapi Chelsea balas balik 3 biji.

Mesti Robinho kesal Real Madrid x bagi dia pergi Chelsea.

Xpe la Robinho, kau datang rumah aku dan kita puasa sama2 sambil baca katalog kuih raya pun lagi seronok apa.
---

Hari ni aku buka puasa dengan tunang di Seoul Gardens, Plaza Pantai. Lupa nak ambil gambar sambil membuat rupa comel orang Jepun.

Berkonsepkan Korean BBQ, aku x faham macam mana benda itu boleh dipanggil bbq. Masak atas plat besi panas yang dituang minyak.

Ini namanya hot plate!

X boleh panggil daging bbq. Kena panggil daging goreng sebab kaedah memasak lebih mirip kepada menggoreng (searing) berbanding barbecue (bbq).

Selepas 3 kali makan di sana, aku baru terfikir akan hal ini.

Janji bedal dan kenyang sudah.

Nak cakap banyak, cakap lah.

Aku x halang.

Aku makan je.

Perut aku beb.

Sexy.

Ha ha ha!

-killing people with my charms-

Saturday, September 13, 2008

Tempenya Ada Di Tepi Jogjakarta

Assalamualaikum!

Aku pun xtau kenapa tajuk entry ni macam tu. Sebelum subuh tadi, tiba2 je aku diilhamkan dengan ayat sebegitu. X cukup dengan tu, siap Hamid Gurkha lagi yang sebut di dalam alam mamai aku tu.

Ikut arahan aku!

Pejamkan mata korang.

Buka balik mata korang, baca dulu arahan ni sampai habis, lepas tu baru tutup balik dan ulang semula arahan ini.

Bayangkan Hamid Gurkha depan korang.

Pakai singlet putih dan kain pelikat.

Di angkatnya tangan kiri setinggi bahu, ditepuknya tangan kanan atas pehanya sendiri, seraya berkata

"Tempenyo ado kek topi Jogjakarta!"

Hah!

Apa perasaan kau sekarang?

Hah!

Macam tu lah juga perasaan aku.

Tiba-tiba. Xde kaitan. Loghat Negeri Sembilan.

Gabungan yang mantap untuk menghasilkan lawak spontan.

Malam ni Arsenal lawan Blackburn.

Ya! Aku penyokong tegar Arsenal.

Menang? Aku sokong!

Kalah? Aku sokong! Dipenuhi dengan kemarahan bertumbuk-tumbuk.

Siapa yang xtau, sila jumpa aku, dan belajar sejarah tentang aku.

Namun aku juga mempunyai titik lembut (soft spot) untuk pasukan lain seperti Manchester United, Chelsea dan Liverpool.

Titik lembut aku berbunyi: Poyo dan loser.

Xkan x paham2 lagi kut?

Lepas ni kalau aku nampak ada siapa2 yang pakai jersi Manchester City, aku akan gelak gila2 punya... dalam hati.

Robinho beb!

X lama lagi injured la tu.

Ha ha!

p/s - Spurs adalah team EPL yang paling loser. Shebby Singh sokong Spurs (haha!). Selamat berpuasa.

-killing people with my charms-