Tuesday, March 17, 2009

Aku: Seorang Suami yang Rupawan, Budiman & Idaman Isteriku

Aku tahu, korang mesti tertarik dengan tajuk entry ini.

Aku yakin, sebab aku sendiri pun tertarik dengan idea aku itu.

Haha!

Alhamdulillah, dah 3 bulan aku jadi seorang suami.

Sekali lafaz je, terus sah.

Keyakinan 100%.

Tok Kadi pula yang menggelabah tersilap sebut nama aku.

2 kali pula tu.

2 kali aku betulkan dia.

Tapi dia tak bagi aku betulkan kesilapan tersebut, sebaliknya dia suruh aku iyakan je apa yang dia cakap.

Aku bersyak-wasangka dia sebenarnya dah rasa malu dan terkena serangan panik.

Macam semut kena pijak dengan badak pula aku tengok muka dia masa tu.

Takde hal punya lah Tok.

Janji gua selamat kahwin sudah.


Apa rasa kahwin?

Macam-macam.

------------------------------------------------------------------------------

Cliche #1: Macam2 benda baru akan dipelajari lepas kahwin nanti.

Memang betul.

Contoh (yang berkaitan dengan aku... mungkin): Isteri sering memanggil Suami dengan panggilan seperti "Abang Handsome", "Arjuna Kacak" dan "Lelaki Idamanku".

Kaget aku nak menjawab panggilan yang seperti itu.

Cliche #2: Perkahwinan akan mempercepatkan proses kematangan seorang lelaki.

Mungkin betul.

Tapi aku memang dah sedia matang sejak sebelum kahwin lagi.

Jadi aku boleh tepis Cliche #2 itu dengan mudah.

Haha!

Cliche #3: Air tangan Isteri adalah pengikat kasih kepada Suami.

Air lain dari Isteri pun boleh juga.

Maksud aku, seperti Nescafe Susu.

Ehem.

------------------------------------------------------------------------------

Dah 3 bulan aku merempat di rumah Mertua.

InsyaAllah aku dan Isteri akan berpindah ke rumah sendiri (milik kerajaan) di Putrajaya sama ada minggu depan, minggu depan punya minggu depan atau bulan depan.

Atau mungkin lagi 3 bulan.

Haha!

Aku dan Isteri sudah mengemaskan rumah di Putrajaya dan barang-barang keperluan pun dah ada.

Yang masih tiada lagi hanyalah sebuah mesin basuh, satu set meja makan dan sebuah kabinet TV.

Kepada sesiapa yang nak menderma mana2 perabot di atas sebagai hadiah perkahwinan, bolehlah contact aku melalui ruangan komen di bawah atau di chat-box di sebelah.

Lagi cantik kalau bagi TV LCD Phillips 42" sebiji.

Nak trade-in dengan set TV CRT 29" kami pun boleh juga, dengan syarat TV korang mestilah sekurang2nya TV LCD 32".

Haha!

Aku belum mampu nak beli TV LCD lagi.

Beli TV CRT pun tong2 dengan Isteri.

Walaupun 50% daripada TV tersebut adalah milik Isteri aku, tetapi sekiranya ada perlawanan bola sepak English Premier League (siapa sebut Barclay's PL? Tak kool) pada hari apa sekalipun, hatta ada siaran langsung Akademi Fantasia mahupun Next Top Model pada ketika itu, maka TV tersebut akan menjadi 100% milik aku.

Next Top Model: 11.00 malam.

Arsenal vs Blackburn: 11.00 malam.

Isteri menyerahkan remote control Astro kepada Suami.

Suami menunjukkan tanda penghargaan dengan meminta Isteri menemannya tengok Arsenal membelasah Blackburn.

Inilah yang dikatakan toleransi Suami Isteri.

Haha!

Isteri aku memang seorang peminat Arsenal sebelum dia bercinta dengan aku lagi.

Tapi sejak kahwin ini, beliau sudah berubah.

Beliau menjadi peminat nombor satu aku pula.

Haha!

Terima kasih kepada semua yang datang ke majlis perkahwinan aku.

Nanti korang nak kawen, hantar kad kat aku.

Tapi pastikan nasi dan lauk cukup untuk aku nanti.

Haha!

Ok lah, aku nak menemani Isteri aku tidur.

100% halal.

Ahahaha!

Wassalam.

Chalos!

-killing people with my charms-

p/s - Semakin charming dengan perut selepas kahwin. Isteri aku rasa sexy apa. Haha!