Tuesday, May 26, 2009

Cantik!

Kalau ada lelaki selain aku yang masih baca blog ini lagi, tolong bagi aku jawapan.

Kalau kekasih atau isteri engkau orang tanya "I rasa I ni tak cantik lah", engkau orang selalunya jawab apa?

Aku?

Macam biasa lah "Wahai isteriku yang hot stuff, kecantikan kamu sepadan dengan kekacakan suami mu yang diminati ramai ini".

Bukan apa, selalunya jawapan macam itu akan mengurangkan risiko untuk soalan yang sama diulang kembali.

Lagipun kalau isteri aku masih bertekad untuk cakap "I rasa I ni tak cantik lah", secara tidak langsung dia akan cakap yang aku ini sebenarnya tidak kacak, yang mana akan membuatkan dia rasa serba salah, yang mana akhirnya akan meletakkan diri beliau sebagai tukang pujuk.

Yang mana taktik ini membuktikan bahawa aku memang seorang genius.

Haha!

Untuk orang perempuan yang hari-hari gigih buka blog aku untuk baca tulisan baru tetapi hampa, kenapa engkau orang selalu tanya soalan begitu kepada kekasih atau suami?

Apa engkau orang tak takut kah kalau suami engkau orang guna taktik aku nanti?

Haha!

Chalos!

-killing people with my charms-