Tuesday, June 23, 2009

Ayam Kicap

Semalam Isteri aku masak ayam kicap.

Sedap.

Sedap gila tak ingat dunia dan akhirat.

Isteri aku memang pandai masak, tapi dia jarang turun dapur.

Dulu-dulu, sewaktu aku dan Isteri masih belum berkahwin, aku akan pergi ke rumah bakal mertua dan masak untuk mereka.

Paling gempak aku pernah buat - BBQ: peha ayam, bahu anak kambing dan daging lembu. Semua ada marinade masing-masing.

Bahu anak kambing: Yogurt+daun pudina kisar+garam+lada hitam.

Peha ayam: Kicap+sos cili Lingham (terbaek)+serbuk paprika+madu.

Daging lembu: Garam+lada hitam+sos Lea & Perrin's+daun rosemary.

Di luar norma marinade kegemaran ramai sewaktu BBQ di universiti dan berkelah dengan rakan-rakan: serbuk kari/kunyit dan garam.

3 kali aku menghadiri majlis BBQ di UiTM, 3 kali juga aku merasa ayam, lembu, hot dog, ikan kembung dan ikan cencaru yang diperap dengan serbuk kari/kunyit dan garam.

Tak boleh blah betul.

Isteri aku pula, waktu itu, paling hebat dia masak pun - sandwich sardin dan kentang lenyek. Itu pun resipi kentang lenyek aku yang dia ubah suai sedikit: dia tambah keju mozarrella. Untuk sandwich sardin pula, aku selalu pertikaikan, "Macam mana nak masak sandwich sardin?".

Tapi, sekarang ini, sekali Isteri aku sentuh kuali, berkali-kali air liur aku melimpah.

Macam hari-hari nak rasa masakan Isteri.

Orang kata "penangan air tangan isteri".

Entah lah.

Aku lagi suka air lain.

Maksud aku, air nescafe yang Isteri aku buat.

Ehem.

Wassalam dan chalos!

-killing people with my charms-

ps - Isteri aku minta aku tulis semua ni. Nak berbangga dengan ayam kicap dia la tu. Haha!

Friday, June 19, 2009

Spontan

Aku sebenarnya tengah ada temujanji dengan seorang prospect di pejabat dia.

Tapi tiba-tiba dia ada urusan dengan bahagian IT, lalu dia bagi aku pinjam laptop dia supaya aku tak kebosanan berseorangan di dalam ruang tetamu.

Sebab tu aku memang suka dengan kerja aku sebagai ejen Takaful Ikhlas, macam-macam jenis manusia aku jumpa.

Pengalaman beb.

Tadi, sejurus selepas solat Jumaat di Masjid KLCC, aku pergi ke mapley Pelita untuk menjamah hidangan wajib di waktu tengah hari - roti canai dan teh halia.

Memang itu lah selalunya menu aku untuk hari bekerja.

Tengah aku hirup teh halia, ada seorang lelaki di belakang aku berkata kepada kekasih/isterinya:

"You lah perempuan yang paling cantik kat Malaysia."

Dengan spontannya, aku berkata dengan suara yang amat perlahan:

"Isteri aku pula perempuan yang paling cantik dalam dunia."

Spontan dan rawak. 100%.

Mungkin ini lah yang akan terjadi kalau dah berkahwin.

Rindu pulak kat Isteri gua ni.

Malam ni belanja Bb makan kat Alamanda wokeh!

Lepas ni aku nak tulis tentang pengalaman aku dan Batek bertemu Arsene Wenger (manager Arsenal) di Malaysia, pengalaman aku dan Isteri ke Sarawak dan hobi baru aku.

Tengoklah, kalau rajin.

Wassalam dan chalos!

-killing people with my charms-

Monday, June 08, 2009

Artis

Dulu-dulu, Lalok dan Ayuni Safira (Nenek) kata muka aku macam Jason Lo. Nenek siap kata, masa dia jalan-jalan di KLCC, dia ingatkan dia nampak aku, tapi pelik kenapa kulit "aku" putih. Rupa-rupanya Jason Lo.

Aku nak petik kata-kata Puan Ainin, cikgu Bahasa Inggeris di SMAPLabu...

"Kulit gelap la baru macho".

Betul cikgu, saya setuju.

Haha!

Bila aku masuk UiTM Dungun, Zaman, Che Mat, Pisang dan lain-lain panggil aku Fazley "Asmara Ini". Ada juga yang panggil aku Aqasha. Yang paling tak tahan, bila seseorang panggil aku Fazley, ramai-ramai nyanyi lagu "Asmara ini yang hancurkan kitaaaa". Bila seseorang panggil aku Aqasha, ramai-ramai nyanyi "Embuuuuuunnnn, embuuuuuunnnnnn".

Macam kadul.

Masa aku pergi merisik isteri aku dulu-dulu, makcik-makcik beliau cakap rupa aku macam Dafi. Sampai ke hari ini, aku rasa perbandingan ini yang paling tak boleh blah.

Isteri aku pula kata rupa aku macam Garfield, lagi-lagi kalau aku pakai baju dan seluar pendek pantai berwarna jingga kegemaran aku.

Ye adindaku, kanda tahu kanda memang comel. Hihi.

Malam tadi, aku dan isteri pergi ke Dewan Setiawangsa untuk menghadiri kenduri kahwin anak kepada kawan ibu dan bapa mertua aku.

Semasa hendak pulang, ibu mertua ku memperkenalkan aku kepada seorang kawan nya yang bernama Aunty Suriati. Lalu Aunty Suriati pun berkata...

Aunty Suriati: Macam muka Faizal Tahir la menantu you ni Azizah (ibu mertua aku).

Aku: Itu baru rupa Aunty, belum dengar saya menyanyi lagi.

Haha!

Haha haha haha!

Ok lah, aku ada temujanji dengan bakal pelanggan.

Sebelum itu, aku nak pesan...

Biar sampai syurgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


Haha!

Chalos!

-killing people with my charm-