Tuesday, June 23, 2009

Ayam Kicap

Semalam Isteri aku masak ayam kicap.

Sedap.

Sedap gila tak ingat dunia dan akhirat.

Isteri aku memang pandai masak, tapi dia jarang turun dapur.

Dulu-dulu, sewaktu aku dan Isteri masih belum berkahwin, aku akan pergi ke rumah bakal mertua dan masak untuk mereka.

Paling gempak aku pernah buat - BBQ: peha ayam, bahu anak kambing dan daging lembu. Semua ada marinade masing-masing.

Bahu anak kambing: Yogurt+daun pudina kisar+garam+lada hitam.

Peha ayam: Kicap+sos cili Lingham (terbaek)+serbuk paprika+madu.

Daging lembu: Garam+lada hitam+sos Lea & Perrin's+daun rosemary.

Di luar norma marinade kegemaran ramai sewaktu BBQ di universiti dan berkelah dengan rakan-rakan: serbuk kari/kunyit dan garam.

3 kali aku menghadiri majlis BBQ di UiTM, 3 kali juga aku merasa ayam, lembu, hot dog, ikan kembung dan ikan cencaru yang diperap dengan serbuk kari/kunyit dan garam.

Tak boleh blah betul.

Isteri aku pula, waktu itu, paling hebat dia masak pun - sandwich sardin dan kentang lenyek. Itu pun resipi kentang lenyek aku yang dia ubah suai sedikit: dia tambah keju mozarrella. Untuk sandwich sardin pula, aku selalu pertikaikan, "Macam mana nak masak sandwich sardin?".

Tapi, sekarang ini, sekali Isteri aku sentuh kuali, berkali-kali air liur aku melimpah.

Macam hari-hari nak rasa masakan Isteri.

Orang kata "penangan air tangan isteri".

Entah lah.

Aku lagi suka air lain.

Maksud aku, air nescafe yang Isteri aku buat.

Ehem.

Wassalam dan chalos!

-killing people with my charms-

ps - Isteri aku minta aku tulis semua ni. Nak berbangga dengan ayam kicap dia la tu. Haha!

6 Comments:

Anonymous nona said...

cam sedap la plak marinade resipi kau itu. detail kan boleh tak?

6/23/2009 5:19 PM  
Blogger Nadya said...

cettt..entry tak ikhlas..nak gak bangga psl die tu..haha

p/s-lenkali tulis la lg..i sukeeee..asek tulis psl org lain je..[=p

6/23/2009 5:38 PM  
Blogger Nadya said...

oh ye..bkn ayam kicap je tau..lum rase yg lelain lagi..konfem perut ke depan lagi dan lagi dan lagi..haha

6/23/2009 5:40 PM  
Blogger bojed said...

nona: Nak resipi? Tak dapat la beb. Haha!

Nadya: Mula2 memang Bb nak cerita pasal Yayang. Last2 tercerita lak kepakaran Bb. Semulajadi jek jadi camtu. Hihi.

6/24/2009 10:57 AM  
Blogger aRe~TeRq said...

hahhahah...kedekut gile nk bg resipi.

ndya - sila la beli kain byk2 sbb stiap kali u masak je air liur die tak dibendung. :-) kna kain byk utk lap. huhu.. :-)

6/26/2009 8:06 PM  
Blogger Nasa said...

Aku tak nak mintak resepi bojed .. Nak resepi ayam kicap nadya yg sedap jer hihi

6/26/2009 9:31 PM  

Post a Comment

<< Home