Thursday, September 17, 2009

Ramadhan & Syawal Seorang Suami

Assalamualaikum... Selamat berpuasa kepada semua peminat2 ku (rasanya sorang je).

Tahun ni gua puasa sebagai seorang suami.

Masa mula-mula berpuasa, aku dan isteri rajin la masak untuk berbuka dan kadang-kadang untuk bersahur.

Tapi, lepas je pekena 1st buffet Ramadhan dengan ibu bapa mertua aku di Residence Hotel Uniten, terus aku jadi malas nak masak.

Lauk berbuka dan sahur beli je kat bazaar Ramadhan Putrajaya. Cikai habis bazaar ni. Gerai je banyak, tapi benda nya lebih kurang je. Rasa pun ok-ok je la. Aku dan isteri memang pasrah pasal makanan kat Putrajaya ni, harga mahal tapi tak sedap. Bazaar Ramadhan ke, pasar tani ke, kedai makan ke, sama je. Susah nak jumpa yang berbaloi untuk dibayar. Sebab tu kami jarang makan kat Putrajaya. Paling kuat pun makan kat Alamanda, Taman Warisan atau mapley Darussalam Presint 9.

Kalau nak makan kat luar, baik turun Bandar Baru Bangi, lagi puas hati!

Selalunya, isteri aku yang sediakan lauk dan siapkan meja apa bagai untuk berbuka. Basuh pinggan pun dia juga, sebab aku kena sental periuk. Yang berat-berat aku la kena buat. Macam juga bangun sahur... berat beb. Lagi awal dari Subuh. Subuh aku pun biasanya 6.45am, tapi kali ni dalam 4.50am - 5.00am, aku dah kena bangun panaskan lauk semua dan kejut isteri bersahur.

Nasib la gua ni lelaki gagah, haha!

Kami sahur depan TV, layan Minah Lodeh Tipah Lepat pukul 5.00am dulu. Lepas tu 5.30am, drama favorite kami, Qalesya. Serius, terbaek habis drama ni! Watak paling best, mesti la Haji Haji Haji Mustafa. Keyakinan dia melebihi 100%. Yang best nya, kalau dia salah pun dan dia tau dia dah salah, selagi tak kantoi, selagi tu dia yakin dia betul.

Haha lu memang gempak la Haji Haji Haji Mustafa!

Dah kahwin ni, bersahur-berpuasa-berbuka bersama, ada rasa lain sikit. Rasa romantik semacam. Lagi-lagi kalau time berbuka, isteri aku buatkan Nescafe ais yang tersedap di dunia. Pergh, menggeletar lutut kuda gua ni!

Walaupun aku tak suka bazaar Ramadhan Putrajaya, tapi aku suka berjalan dengan isteri pergi beli lauk kat situ. Aku suka letak kereta jauh-jauh sebab saja nak berjalan dengan isteri, lintas jalan sama-sama dan balik ke kereta terkedek-kedek pegang lauk. Balik ke rumah pun ikut jalan paling jauh yang penuh dengan pokok-pokok.

Romantik habis.

Tapi isteri aku mesti bising punya sebab dia tak sabar-sabar nak balik rumah. Nak layan Wadi Unung la tu, padahal dulu kutuk-kutuk masa aku tengok drama tu. Ek eleh!

Minggu lepas gua ajak family gua, family isteri dan family belah ayah gua datang buka kat rumah gua. Total = 17 orang dewasa. Budak kecik 2 orang takyah kira lah, bukan makan sangat pun. Letih, tapi seronok beb! Aku memang suka family gathering ni. Makcik-makcik aku pula jenis yang suka bergosip, memang layan. Cuma kali ni je aku tak dapat join bergosip sebab sibuk masak, kemas-kemas apa semua. Aku tak makan pun, minum je. Lepas semua orang balik, baru aku makan.

Dan masa tu juga aku buat satu pengakuan kat isteri aku. Aku mengalami mental breakdown selepas semua orang balik rumah.

Kenapa?

Sebab dapur, dinding dapur dan lantai dapur penuh dengan minyak, sambal dan entah apa jenis kotoran lagi. Hasil dari masakan isteri, ibu dia dan makcik-makcik dan ayah aku. Aku masak guna oven, jadi kekotoran yang terhasil adalah terkawal. Haha!

Isteri aku faham sangat dengan sifat aku yang pelik ni, jadi dia gelak kan je la. Aku tak kisah kena gelak, jangan kena bebel sudah.

Jadi, masa isteri aku tengah sedap-sedap tidur, aku mulakan proses penyucian dapur. Dari pukul 11.00am aku kemas, cuci dan lap dapur, sedar-sedar je dah pukul 3.00am. 4 jam aku cuci dapur! Padahal dapur aku kecik je.

Gila ke apa? Haha!

Bukan apa, pernah sekali kat rumah family aku di Shah Alam, aku pegang cawan ada Nescafe panas dalam tu. Tengah aku jalan nak gi ruang tamu, sekali aku terpijak minyak atas lantai dapur. Tak pasal-pasal aku tergolek dan mandi Nescafe panas. Punggung gua sakit, perut gua terbakar. Azab dua kali ganda beb! Tu yang aku pantang tengok dapur berminyak tu. Nak tau cerita lain pasal aku dan dapur berminyak, klik link blog isteri gua ni http://bedazzledmind.blogspot.com/2009/09/1-perkara.html

Hari pertama raya nanti, isteri aku tiba-tiba baik hati ajak aku beraya di Shah Alam dulu. Aku mula-mula macam tak percaya je. Ye lah, dia anak tunggal. Kalau boleh, tiap-tiap hujung minggu dia nak balik rumah parents dia kat Bandar Seri Putra, Bangi. Tapi aku pun tak tau apa yang ubahkan fikiran isteri aku. Mungkin agaknya lepas 8-9 bulan aku ajar dia tentang hubungan anak lelaki dengan ibu kandung dalam Islam, dan secara logik (parental & maternal), akhirnya isteri aku faham. Kalau betul sebab tu, Alhamdulillah.

Makin sayang gua kat isteri gua ni, hihi.

Ke, sebab nak bodek beli handbag baru ni? Haha!

Aku sebenarnya tengah marah pasal satu benda dan nak cerita kat sini. Tapi bila aku tengok muka isteri kat wallpaper handphone aku ni, terus tak jadi.

Tetiba sejuk lak hati gua ni.

Orait lah, gua nak balik dulu. Gi keje naik bas je ni sebab isteri gua drive kereta gi office.

Sesiapa yang baca blog gua ni, gua minta maaf untuk semua kesilapan gua. Kalau aku ada hutang duit dengan kau, boleh tuntut dengan aku. Tapi kalau kau kata "Kira halal je lah", itu lagi bagus sebab memang itu yang aku harapkan. Haha!

Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf zahir dan batin.

Ajak gua beraya dan berpesta kat rumah lu orang, orait!


ps - tak sabar le pulak nak tengok isteri gua salam tangan gua di pagi raya nanti.. Nak selit duit raya ke tak aa?

Labels: