Monday, October 26, 2009

Bwahahahaha!

Assalamualaikum!

Pipi isteri gua semakin hari semakin halus, hasil belaian janggut "goatee" gua hari2.

Haha!

Aku ingat lagi, aku tanya isteri aku, "Cun kan goatee orang?".

Isteri aku jawab "Like a goat.".

Fuwaaaaaaaaaaaaaaa!

Nasib baik aku cinta sama isteri.

Orait lah, ada cerita terbaek punya.

Khamis lepas, aku pergi jumpa client kat PJ Hilton. Aku jumpa satu parking spot yang cun sebab dekat dengan main entrance. Dari jauh aku dah bagi signal ni, sekali ada satu Toyota Camry DARI BELAKANG tiba-tiba potong aku dan main cilok je amek tempat yang aku dah cop tu.

Panas haram.

Aku bagi hon sedas. Pastu aku turunkan tingkap, bagi high beam 3-4 kali. Driver Camry tu pun turunkan tingkap dia. Pergh, perempuan Cina tua yang gaya macam datin. Ahso tu suruh aku cari tempat lain. Dia punya pekik high pitch tu yang buat aku tak tahan.

Halilintar dah sambar keliling kepala aku.

Masa dia tengah adjust kereta dia nak masuk dalam parking spot tu, aku bagi hon satu das 20 harakat punya.

Tak pasal-pasal dia terkejut dan terlanggar satu BMW kat tepi tu.

Pastu aku pun turun la, usha-usha keadaan dia (dalam keadaan separa bersalah, Ha Ha Ha!). Ahso tu dah tak keruan dah. Dah macam ayam nak kena sembelih. Kejap masuk kereta, kejap keluar kereta. Dia pegang handphone, tapi takde le pulak nak call family dia ke kawan dia ke nak minta tolong.

Lepas tu Ahso tu tanya aku, "Haiyoo help la, what to do aa?".

Aku usha-usha Camry dia dan BMW tu, pastu aku bantai gelak.

Aku cakap kat Ahso tu, "Haiya you die loo. Habis la mati la".

Ahso tu makin panik, "Why why liao?".

Gua tunjuk kat BMW tu, "See aa, you hit this BMW. Plate number W** 464. Nombor 4 dua kali, dua kali la you suey. Habis la mati la hahaha".

Ahso tu tiba-tiba macam menurun lak. Dia punya pekik buat aku panik sikit. Kang orang ingat aku nak rompak dia pulak.

Aku pun cakap la kat Ahso tu tulis nama, nombor IC dan handphone dia atas kertas, pastu letak kat wiper BMW tu. Nanti owner BMW contact la dia.

Sebelum aku blah, aku bagi lagi sedas kat Ahso tu, "You aa, better go home now la. I think you suey banyak sangat hari ni. Most probably will die. At least family you boleh tengok family one last time. Tapi nombor 4 sudah dua kali, tak tau la you sempat sampai rumah ke tak hahaha!"

Ahso tu makin angin dengan aku. Makin kuat lak dia jerit-jerit. Aku bantai gelak je la.

Aku masuk kereta, bagi hon sekali lagi, pastu park kereta jauh tak ingat.

Bayangan terakhir Ahso tu yang aku nampak, dia angkat handphone dia macam nak rejam Waja yang aku drive.

Nasib gua blah cepat-cepat.

Haha!

-killing too many people with my charms-

4 Comments:

Blogger faridfadhly said...

mesti kau baru reka cite ni kan

kencing kuat siut

10/29/2009 5:27 PM  
Blogger bojed said...

ye lah aku je lah yang kencing, kau je lah yang cakap benar sentiasa.

al-amin siut.

10/30/2009 10:00 AM  
Blogger alwajdi said...

hahahah..adoila..saket prot aku tahan gelak..xpasal team mate aku pandang semacam je..hahaha

12/08/2009 4:55 PM  
Blogger Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

7/29/2015 3:20 PM  

Post a Comment

<< Home